sahabat

Tuesday, April 6, 2010

Kembalikan P94 Hulu Selangor kepada UMNO

Kawasan parlimen P94 Hulu Bernam akan menjadi milik UMNO pada PRK yang akan diadakan pada 25 April ini. Selama ini orang melayu sudah cukup bertolak-ansur dalam semua hal di Malaysia ini.

Melayu sudah terlalu banyak menaburkan budinya kepada sahabat2 bukan melayu. Kini tibalah masanya giliran bagi mereka menunjuk kan tanda kesetiakawanan nya. Sepatutnya MIC dengan rela hati kembalikan P94 kepada UMNO untuk menghadapi PRK pada 25 April ini.

UMNO telah memberi peluang kepada MCA selama 3 penggal dan kepada MIC selama 6 penggal. Maka sangat adil lah jika P94 ini diserahkan kembali kepada UMNO.

Pengundi2 melayu yang menyokong UMNO sudah bersabar terlalu lama, hampir 50 tahun. Penyokong2 UMNO juga telah memberi isyarat lampu merah kepada MIC pada PRU12 yang lepas.

Jika BN mengharafkan kemenangan yang sangat2 diperlukan nya di P94, maka pucuk pimpinan BN mesti memberi peluang kepada UMNO semula.

2 comments:

Anonymous said...

kalau letak calon mic lepas tu kalah. Samy vellu kena letak jawatan serta merta.

ISAC said...

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/