sahabat

free counters

Tuesday, February 1, 2011

Mengapa cina mula tolak PAS


Kaum cina memang bijak berpolitik. Pada PRU12 yang lepas mereka beramai2 menyokong DAP. Sokongan mereka terhadap DAP semata2 kerana parti itu mendapat sokongan dari PAS. Hasil dari sokong menyokong antara DAP, PAS dan PKR memang menampak kan hasil yang lumaiyan. Lima buah negeri berjaya mereka takluki. Kerajaan BN hilang majoriti 2/3 nya.

Semua ini berlaku hasil dari permainan politik kaum cina. Mereka dapat memahami kedudukan kedudukan PAS dan PKR yang desperate. Ini lah masanya mereka mempergunakan PAS dan PKR sebagai 'batu loncatan' untuk berkuasa.

Penyokong2 PAS dan PKR mula sedar apabila P Pinang yang di perintah oleh DAP mengenepikan seorang ahli DUN PAS. Walaupun ianya cuma seorang sahaja calun PAS yang menang, tetapi penyokong2 nya telah banyak membantu calun dari DAP dan PKR.

Di negeri Perak pula lain halnya. PAS cuma mendapat 1 kerusi EXCO berbanding 5 yang diberikan kepada DAP. Perak bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh dua wakil PKR dan seorang dari DAP keluar jadi wakil bebas yang menyokong BN.

Hari ini PAS dan PKR sudah kehilangan sokongan dari kaum melayu/Islam. Kaum melayu/Islam tidak lagi mempercayaai pemimpin2 PAS dan PKR. Hakikat ini segera di sedari oleh penyokong2 DAP. Penyokong2 DAP sudah hilang kepercayaan nya terhadap PAS dan PKR. Natijah buruk nya PAS tewas di Galas dan Tenang, PKR pula tewas Hulu Selangor.

Kaum cina sudah mula tinggalkan DAP, mereka enggan menyokong PAS atau PKR yang sudah hilang sokongan kaum melayu/Islam. Pada hakikat nya penyokong2 PAS dan PKR semakin mengecut dan mengempis. Malang nya PAS masih ber angan2 mimpi di siang hari bahawa kaum cina masih menyokong kuat parti PAS.

Tolak PAS - Jahiliah

1 Malaysia yang tolak PAS itu jahiliah

Tuan Guru keluar satu fatwa lagi - tolak PAS jahiliah. Orang islam di DUN Tenang yang undi BN semuanya jahiliah. Tuan Guru ni kata begitu bukan nya apa2, cuma dia nak kasi takut orang2 islam aje. Sebenarnya semua fatwa2 ulamak PAS itu hanya ugutan saja tak lebih dari itu.

Setiap kali pemimpin2 PAS ni buka mulut, ayat ugutan pasti tersembur dari mulut mereka. Kepada pengikut2 totok kaum PAS mereka sangat takut terhadap ugutan ini. Tetapi bagi manusia yang berakal panjang, sedikit pun mereka tidak hiraukan ugutan pemimpin2 PAS ini.

Sekarang pemimpin2 PAS sudah berpeluh dahi nya. Kaum cina dan india yang di haraf2 kan menyokong nya sudah berpaling tadah. Ini terbukti di DUN Tenang. Jika sekiranya bukan melayu sokong PAS, PAS cuma perlukan 20% sahaja undi dari kaum melayu. Malang nya perkara ini tidak lagi berlaku hari ini.


Paling malang ialah calun PAS iaitu Cikgu Mala, yang di kejar terlepas, yang di dukung terciciran pula. Kerja hilang mata pencarian pun hilang. Tak mengapa le, mungkin cikgu ni dah memang banyak harta dan dari keturunan orang kaye2 agaknya. Jika tidak, malang sungguh nasib cikgu ni.