sahabat

free counters

Monday, August 31, 2009

PAS sudah hilang arah tuju asalnya.

Ulamak Politik

Biarkan Nik Aziz dengan dunianya. Mari lah kita perkuatkan lagi tali persaudaraan sesama Islam yang selama ini cukup mendukacitakan.

Kembalilah kita kepada seruan memperkukuhkan tali persaudaraan sesuai dengan ajaran Islam yang sebenar yang berbunyi:

“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Ali Imran: 103);

”Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.” (Ali Imran: 105)’

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan tidak ada sedikit pun tanggung jawabmu (Muhammad) terhadap mereka.” (al-An’am: 159).

وَلاَ تَخْتَلِفُوْا فَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ اخْتَلَفُوْا فَهَلَكُوْا.
“Dan janganlah kamu berselisih, karena sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah berselisih, maka dari itu mereka binasa.” (Shahih Bukhari, hadits no. 2410).


Kita yakin tanggapan bahawa Nik Aziz adalah ulama tersohor adalah salah. Mustahil ulama tersohor tidak mahu melihat umat Islam bersatupadu. Jauh lagi kalau nak cakap benda merepek seperti Tuhan Mencarut, boleh kawan dengan syaitan, penyokong UMNO tak masuk syurga dan terakhir berkonfrantasi dengan Majlis Fatwa.

Tak payahlah lagi kita melayan orang yang tak mahu mengikut ke jalan Islam sebenarnya walau apapun statusnya kini.


Thursday, August 6, 2009

PAS 'lembukut di tepi gantang' dalam kerajaan Pakatan Rakyat

PAS memang diakui berpengaruh di kawasan penduduk melayu/Islam. Pada PRU12 yang lepas PAS telah memenangi banyak kerusi di kawasan yang majoriti melayu/Islam dengan bantuan DAP dan PKR.

Sebaliknya PAS juga tidak kurang banyak nya membantu DAP dan PKR untuk memenangi banyak kerusi. Itu lah yang di sebut2 'Pakatan Rakyat' nama nya.

Malang nya setelah 'PR' menakluki 5 buah negeri - Kelantan, Kedah, P Pinang, Perak dan Selangor, Mereka berpecah itu perintah sesuka hati mereka sendiri.

Kelantan dengan perintah ikut cara MB Kelantan nya, Kedah pun begitu juga, tapi kerana keadaan di Kedah tidak sekuat PAS di Kelantan, kena sendol sedikit sahaja oleh DAP ianya sudah mula mereng.

Di P Pinang, oleh kerana DAP nya teguh macam piramit di Egypt, maka tiada siapa boleh gugatnya - walaupun PAS ada satu ADUN ianya macam anjing kurap sahaja di pandang oleh DAP.

Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.

Jika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.

Sekarang kita saksikan pula bagaimana PAS dianjing kurapkan oleh DAP dan PKR di Selangor. Sebarang cadangan dan pendapat yang keluar dari mulut PAS jadi angin sahaja - tidak pernah di dengar jauh sekali di terima oleh DAP/PKR.

Bagaimana sekarang, mahu kah PAS terus dianjingkurap kan oleh DAP/PKR dalam Pakatan Rakyat? Jika jawapan nya 'MAHU' teruskan bersama Pakatan Rakyat.

Tuesday, August 4, 2009

PAS Gila Bayang

Peratus sokongan rakyat

PAS ber angan2 memerintah negara dengan sokongan rakyat sebanyak 14.05%(sokongan semua kaum).
Sedangkan UMNO masih lagi utuh dengan sokongan 29,59%(sokongan Melayu sahaja).


Sebenar nya durian runtuh yang dipungut oleh PAS dan PKR pada PRU12 yang lepas se mata2 hasil dari undi 'protest' penyokong UMNO terhadap DSAAB(Tun). Kini Tun sudah berundur dan penyokong UMNO sudah kembali bersatu.

Berlainan pula dengan kaum cina(DAP), mereka ambil kesempatan hasil dari perpecahan penyokong UMNO ini untuk menguatkan kedudukan nya. Hasil nya DAP berjaya menawan P Pinang dengan bantuan PAS dan PKR. Walaupun PAS menang 1 DUN, tetapi dipinggirkan. DAP berkuasa 100% di P Pinang.

Di Perak DAP berjaya menubuhkan kerajaan boneka PAS. Malang nya runtuh tidak sampai 1 tahun kerana dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar PR dan menyokong BN. - Kerajaan Boneka PAS di Perak tumbang.

PAS/PKR Kedah dan Selangor paling banyak mendapat durian runtuh pada PRU12 yang lepas. Durian runtuh ini TIDAK akan berulang pada PRU13 nanti.

Kaum melayu/Islam tidak akan mengulangi kesilapan PRU12 lagi.
Kaum melayu/Islam akan bersatu mempertahankan kuasa politik melayu/Islam.

Manik Urai sudah beri amaran kepada PAS/PKR.
Permatang Pasir akan sekali lagi menguji PAS/PKR -